Thursday, 3 September 2015

Muzium Negeri Terengganu + Masjid Kristal @ 3sept2015

Assalamualaikum..

Ya Allah lamanya tak berblog. hehe. Salam 19 Zulkaedah 1436 H!
Disebabkan haritu tertengok blog kakak NM, semangat nak berblog tu hidup semulaa.
Kali ni, lebih kepada pengembaraan NM sepanjang zaman universiti ni.

Pada hari ni NM travel ke Muzium Negeri Terengganu..



Yang bestnya Terengganu ni sebab banyak pantai, tapi kali ni ubah angin sikit kita jejak muzium. Muzium ni senang je nak cari, ikut signboard selamatla sampai. hahaha. Muzium ni dekat je dgn Taman Tamadun Islam n Masjid Kristal so kalau rajin pergi sekali je semua.

NM sempat pergi Muzium n Masjid Kristal je sbb dah janji nak keluar dengan member ke TTI tu. Tapi nak kabo nyeeee, sangatlah luas muzium ni, patutlah dinamakan MUZIUM TERBESAR DI MALAYSIA..


Larat ke nak pergi semuaa


NM sempat pergi 3 galeri je kat main entrance dia, tu pun dah semput. haha. Tapi banyak sangat knowledge yang dapat. Pasal kronologi menteri besar, pasal bendera terengganu, pasal sultan, pakaian- pakaian di raja, replika balairung seri pun ade setem zaman dulu, duit yang digunakan zaman dahulu and banyak la lagi.

Seriusly terkejut jumpa syiling zaman dahulu RM500. perghhhhhh. pastu kalau nak baki banyakla syiling tu gamaknyaa. Actually NM dah terambil banyak gambar tapi sekali bila keluar dari muzium tu baru tahu yang dalam muzium xleh tangkap gambar. Muahahaha so tak dapatla nak kongsi kang tak pasal kena tangkap pulak.


Fee entrance untuk pengunjung dewasa RM5.00, kanak- kanak RM2.00, kalau student siap beruniform dapat RM1.00, kalau tahu pakai baju UMT kot2 dapat RM1.00 je. hahaha. NM nak pergi lagi tapi nak tengok galeri lain plak. Oh btw, 14 Oktober 2015 nanti ade pameran kat Muzium ni sempena Maal Hijrah. Jom pergi!!

p/s : masa on the way nak keluar tu baru perasan ade replika and kereta2 lama yang digunakan oleh MB terengganu dulu, kereta proton lama ade, kapal selam ade tapi xsempat nak snap. haha

Sebelum naik kat main entrance nampak banyak ikan kat sini cantik kannnnnnnn
Nampak macam rumah hantu pun ade, hahaha
Melangkah ke destinasi seterusnya..




Lepas tu NM pergi Masjid Kristal..


Masha Allah cantiknya lah. Salah satu sebab NM bersyukur dapat belajar kat Terengganu ni sebab dapat jumpa masjid idaman ni. Sejuk je mata menengok, dengan suasana yang berangin kalau duk bawah pokok macam kat bawah ni.. Masa ni tengah makan A&W punya burger yang dibeli di Mydin Mall Gong Badak. Ceh saja bagitahu.

Di bawah pohon kita.. ewah.. haha


By the way, Masjid Kristal ni dekat sangat dengan TTI, siap ade cruise kat situ tapi harga dy ehem ehem la sikit. haha. Tandas tiptop bersih cantik cuma jauh sikit la dari tempat solat. Dalam masjid masha Allah lagi la cantik. Air cond kuat sejuk and selesa je solat. Masjid Kristal ni ala2 Masjid Terapung a.k.a Masjid Tengku Tengah Zaharah kat Kuala Ibai sebab dekat dengan sumber air, bila tengok memalam lagi la lawa sebab kristal-kristal dia bergemerlapan di awangan. ceh. haha

Dulu masa first sem pun pernah pergi banyak kali sebenarnya tapi disebabkan my partner in crime ni tak pernah pergi so NM bawakla dia sekali. Alang2 lepas je melawat muzium tu lagi 15 min camtu dah nak Zohor so baik kita imarahkan masjid kan..

Memandangkan ni tahun akhir NM kat universiti so NM nak sematkan segala kenangan di Terengganu dengan cara travel setiap pelosok tempat menarik kat Terengganu ni. Stay tuned.. (macamla ada follower nak baca)

In sha Allah next destination will be TAMAN TAMADUN ISLAM :)



Sunday, 9 June 2013

Reunion group JESS 5 Din:DD

Assalamualaikum wbt

Alhamdulilah masih hidup lagi pada hari ni.
Wah esok dah 1 Syaban!! lg sebulan nak puasa!! tapi macam tak ready lagi jee.. So ape lagii..kena start buat preparation mulai sekarang.:)

Entry kali ni nak cite pasal first time reunion kembali geng2 NM time secondary school dulu. Biasalah.. Semua da pakat masuk universiti and college so masing2 ada jadual masing2 tapi alhamdulilah dapat jugak jumpa makcik2 ni semua:)



Biasalah bila dah jumpa mesti hug dulu sebab kiteorang memang group hug pun kan?:)
Semua dah besar , dah boleh jadi mak orang, NM ni je yg cinenot tak tinggi2.hehe
Agenda utama kami ialah ice skating!! Pergh dahla tak pernah main rollerblade ni kan pulak nak main ice skating.haha. Mula2 bajet dalam hati cakap cam boleh belajar sehari je ni tak pe kut tapi malangnya tak bergerak2.haha.orang yang pakar pun dlm group kita orang ni 3@4 kali jatuh.kira okla dari NM tak jatuh langsung.aik?haha.

Happy je beli glove. Lepas ni tak tahula nak pakai bila pulak gloves ni:)




Nampaklah tinggi sikit pakai kasut ni?hehe



Jaguh Ice Skating yang pakai tudung corak tu. Siap menari2 kat tempat skate tu.hehehe
Kami ber'ice skating' ni kat Sunway Pyramid.. Disebabkan cuti sekolah jadi harganya agak mahal untuk satu kepala.RM 25..tapi oklah..Dapat lah pengalaman kan kalau tak selama ni asyik dengar je and tengok je kat TV so bolehlah cerita kat orang bukan senang nak skating ni taw. Tu tengok kat TV yang siap2 menari2,berpusing2, berangkat2 tu semua memerlukan skill yang sangatlah tinggi.Wa salute sama u olls la.hehe

Bagus betul susunan-.-
Semoga ukhuwah kami berkekalan sehingga Jannah Allah.:)
Jangan lupa keep in touch k..
Sahabat seperti kalian sukar ditemui kira diri ini amat bertuah mengenali kalian.
Thanks for everything guys, Lots Of Love Until Jannah:DD

Saturday, 25 May 2013

SBT JESS BBB

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini.Alhamdulilah:)
Okay entri kali ni nak cite pasal SEKOLAHH!!
SBT=sekolah berprestasi tinggi
JESS=jalan empat secondary school=sekolah menengah kebangsaan jalan empat
BBB=bandar baru bangi
Alhamdulilah sekolah NM dapat anugerah SBT ni tahun 2010, time NM form4. Nak kata happy pun ntahla happy ke tak. Makin dapat anugerah makin banyak la keje mendatang tak kesahla cikgu ke student.huhu. Tapi serius rindu sesangat kat sekolahhhhhhhhh.Walaupun 2 tahun baru tinggalkan sekolah tapi still rase jiwa tu kat sekolah..Banyak gak perubahan kat sekolah ni. Alhamdulilah bagi budak jess yg da lama tak g sekolah ni nak cite yg sekolah dah dapat dah tanah sebelah tu n dah jadi padang.Ni agaknya balik je dari u nanti in sha Allah da terbina la kut dewan baru kat depan tu.hehe.


meja n kerusi dah warna lain..oooooooo.:D

Datang2 je sekolah mestilah pergi pejabat dulu. Nak mintak sijil SPM.huhu. time nak sign tu tengok ramai lagi rupanya umat jess batch 2011 ni tak amek sijil.haha. Takdela segan sangat.hehe. Pastu ziarah la cikgu kat bilik guru.Mak aih serius lagi sangatla rindu bilik guru. Walaupun NM ni bukan stok budak rajin g tanya soalan or rajin tolong cikgu or kamceng dengan cikgu tapi ternyata cikgu yang mengajar masih ingat NM. Tak ke dahsyat tuuu. Sampai cikgu fizik boleh ingat lagi dah la time kelas fizik selalu main2.haha. Pergi pulak lawat ke library. Yela dulu budak nilam kan.hehe. Datang2 MAK AIHHHHH..terkejut eden.. patutla si adik tak habis2 suh datang sekolah suruh tengok kat library ada gambar NM.Ternyata terpampang besaq gila kat dinding luar library tu. Time form4 dulu NM ni tokoh nilam sekolah.Ala, setakat wakil sekolah sampai daerah je pun takdela terer mana tapi bajet pampang cam wakil kebangsaan.haha. Selamatla tak ada jerawat ke tahi hidung ke kat gambar tu.hehe.
my buddies, Najwa Zamri and Najihah..
Beberapa hari sebelum Hari Guru tu dah pergi dah sekolah pergi amek sijil je. Ikutkan taknakla pergi dah Hari Guru sebab segan plus malas.haha. Tapi adala kawan ni ajak pergi so pergi jela.hikhik. Ni atas ni la kawan yang selalu ada di sisi sangat suka dan duka.ceh bajet la duka sangat kan.haha. Nakal tu biasala tapi janganla nakal sangat.hehe.Ada lagi geng yang tak dapat join tapi in sha Allah akan bertemu gak semua nanti.Amin.hehe. Sorang satu matrik tapi punyalah susah nak jumpa and hang out sekali kat sana memandangkan lain2 modul dan sorang lagi kat UiTM Seri Iskandar, Perak jurusan QS.Tak ingatla stand for ape QS tu tapi sesuaila degan dia sebab dia ni sukala sangat mengukur benda time sekolah dulu.haha. Kalau nak buat table untuk experiment ke ape ke mesti ukur 4 or 5 cm satu kotak.haha.

Kami ni dukla kat kelas form 5 kami , 5 Dinamik. kalau dulu JESS ni susun ikut kepandaian, kire Dinamik ni kelas ketiga. kelas pertama Cendekia, kedua Dedikasi, Dinamik, Inisiatif, Inovatif dan Karisma. Batch kami ni paling sikit dalam JESS tapi alhamdulilah berjaya catat rekod time PMR 2009 jadi Sekolah Terbaik PMR kebangsaan seramai 100 something daripada 200 kut. Lupa sudah.haha. Sejak tu batch kami ni dah dicop sebagai penanda untuk batch lain tandingi gitu. Biasa je batch kami ni,takdela gempak mana. Mungkin semua memang pandai2. Lagi satu dulu syarat kemasukan masuk JESS ni ketat gak tapi tak tahu la sekarang camne kan.huhu.

Alhamdulilah sekali lagi tak sangka sebenarnya dah dua tahun tinggalkan sekolah. Sekolah yang diduduki selama 5 tahun pastilah meninggalkan kesan dalam hati ni. Kenangan bersama kawan2 dari form 1 sampaila form 5 takkan dilupakan sampai bila2..Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke Jannah in sha Allah..








Selamat Hari Guru. Semoga dirimu tidak jemu dalam menyumbang bakti kepada anak nusa dan bangsa untuk memberi lorongan ke Jannah Allah in sha Allah.
Wasalam.

I'm so tuning in to Capital FM this month, gotta give #CapitalFMReconnect a shot!

Sunday, 12 May 2013

Family Day at Wetworld, Shah Alam

Wet World, Shah Alam
Assalamualaikum wbt..
Da lama gila tak pergi family day. Last pergi pun time 2006. Wet World ni takdela best mana tapi bila pergi dengan family semua benda jadi best. Wet World ni dulu dah pernah pergi time budak2 kecik lagi under trip sekolah. Masuk2 je tengok semua masih sama.haha. Yang beza nya tambah benda baru.makin banyak gelongsor2 tu.huhu

okay ni alamat dan peta nak pergi Wet World. Senang je nak p sini..Kalau ikut jalan persekutuan kena 4 tol tapi kalau ikut jalan Puchong kena dua tol je.hehe. Kalau nak senang lagi cari UiTM Shah Alam je.Dekat je dua2 tempat ni.hehe.

Tak cukup lagi 3 orang..
Dulu pergi mana2 tempat yang ada kolam ke air terjun ke takde pulak keinginan nak menjunamkan diri kat dalam kolam2 tu tapi bila jejak je kaki kat sini tiba2 je rasa nak mandi.hehe. Ada satu gelongsor air ni pergh kentang gila laju!! Asyik jerit je dengan adik.haha. Ada satu tu pulak dah duk jerit sebab laju pastu gelap pulak tu pastu tetiba........ jeng jeng jengg....Keluar je dari gelongsor tu tetibe takde pape jalan nak keluar!!Kita orang da panik, yela orang depan and belakang pun takde tak tahu nak buat apa.Time tu dah macam waaa..mama..papa camne nak keluar ni.waa.Rupa-rupanya jalan keluar tu dekat tengah2 tu, kecik je lubang dia punya la rasa macam asdfghjkl?!!.haha. Alhamdulilah masih hidup untuk terus beribadah kepadamu ya Allah.:)

Nampak tak papa pun mencemar duli join sekali?hehe.papa gelak je time duk dalam gelongsor air, kita orang ni punya la jerit.haha

Kami team biru.Mula2 team kita mengungguli first acara pastu terus merosot.haha. Ada satu acara tu tarik tali dalam air , tak bergerak pun tali tu.Yang tak bergerak tu sebab NM yg tarik.haha

Yang pasangan ni pulak tak habis2 makan.Semua makanan dia balun contohnya:
Kuih Seri Ayu a.k.a kuih PAS (bak kata abang Pojie)

Kek coklat, aiskrim 2 batang dan ayam 3 ketul.Nampak tak betapa banyak nya mereka makan?hehe
Akhir kata, harap semua dapat menghabiskan cuti hujung minggu ni bersama keluarga tersayang. Sayangilah mereka kerana tiada siapa dalam gantikan perangai, tabiat yang sejibik macam mereka.hehe.
Wasalam..

Anyone up for the some Mixed Martial Arts action? #MIMMA #TuneTalk

Saturday, 11 May 2013

Bertudung bukan penghalang dalam dunia hiburan

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilah dapat siapkan edit gambar artis yang sudah bertudung.fuhhhhh(keluarkan peluh)
tapi NM tak reti sangat nak edit gambar, pakai sumbat je semua nak bg nampak kan.hehe
Alhamdulilah ramai rupanya artis yang sudah bertudung selepas dikorek dalam Cik Google images ni..Harapnya ini bukanlah trend yang hanya untuk diikuti tanpa ada kesedaran yang sebenar tentang pentingnya menutup aurat. Artis2 ni pakai tudung da bagi satu imej baik pada orang luar yang artis masih boleh berlakon, menyanyi asalkan berlandaskan islam dan syarak.
Jom layan dulu gambar nii..

Indahnya wajah2 mereka apabila sudah bertudung..
Kebanyakan mereka timbul kesedaran dari mimpi2 tentang suasana dan balasan di akhirat. Memang kita selalu cakap mimpi tu mainan tidur tapi pernah ke kita nak mimpi benda yang kita takut melainkan Sang pencipta nak tolong kita sedarkan apa yang mungkin kita lalai selama ni contohya kes bertudung ni. Tak kesahla apa yang menyebabkan mereka bertudung asalkan mereka sudah bertudung. Tertutup itu lebih indah dari yang terbuka.

Kita selalu nak berubah selepas berkahwin kerana ingin selamatkan suami dari seksaan api neraka namun kita lupa sebelum berkahwin kalau kita tak tutup aurat dengan sempurna maka kita telah mengheret bapa kita ke neraka.Nauzubillah. Bayangkan jangka masa kita bersama bapa selalunya lebih lama dari suami dan dia lah yang melahirkan kita hasil perkongsian sel bersama ibu which is sangatla berjasa untuk kita tapi kita dengan mudahnya mengheret mereka ke neraka.Nauzubillah. Harap dijauhkan.

Bercahaya wajah penghibur2 ni apabila bertudung:)
Rezeki yang halal perlu diusahakan. Senang cakap kalau nak rezeki kena cari bukan nganga tunggu orang suap. Tapi berkat dengan izin Allah apa2 boleh terjadi. Jika kita ikhlas buat apa2 kerja berniatkan kerana Allah Taala in sha Allah setiap kerja baik tersebut dikira pahala beribadah.Once kita dah tutup aurat perlakuan kita pun dah terhad nak buat perkara yang mungkar.Kalau masih tak itu maknanya adala something wrong somewhere pada iman kita. Sebab itulah kita disarankan oleh Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk selalu bermuhasabah diri sebab kadang2 kita tak sedar apa kita buat.Untungla pada artis sebab mereka ni public figure yang orang selalu perhati jadi apa yang tak betul pasti akan ditegur. Bersyukurlah sebab peminat sangat sayangkan anda.(bajet macam artis baca je ayat ni)haha.

Tak kisahla artis baru ke lama yang penting nak dapat rezeki halal perlu dengan cara halal:)
"Okay dah cantik dah awak pakai tudung sekarang saya nak awak cium tangan laki ni sebab dia berlakon watak suami awak kan nanti bagi dia peluk sikit pastu awak pun balas pelukan dia okay, ready semua , kamera , Action!!"
Hahhhhh... Ni yg NM tak berkenan. Seorang muslim tidak boleh bersentuhan dengan yang bukan mahram tak kisahla pakai tudung ke tak. Yang da pakai tudung tu tolak la adegan kena pegang ni tak kisah la sebagai mak ke tak sebab haram tetap haram. Bila la agaknya filem2 and drama2 melayu tak ada adegan peluk pegang antara lelaki pompuan sepenuhnya ek? Kita sama2 la doakan. Bila fiir balik bukan salah artis seratus peratus kenapa ada adegan panas ni tapi salah pengarah juga sebab terlintas idea nak buat adegan yang sangatla 'hot' tu. Pengarah kena fikir dia kepala sesuatu cerita yg nak ditayangkan jadi dia ada mandat besar untuk arahkan itu ini dalam cerita dia so kalau dia suruh artis dia pegang peluk tu semua dia sebagai pemimpin sedikit sebanyak kena tanggung akibatnya nanti di akhirat. Parents NM selalu komen kalau NM tak puas hati tengok aksi panas dalam filem ke drama ni dorang selalu cakap" Da pengarah suruh mestila kena buat kan". So pengarah perlu dalami dan bawa unsur islam dalam setiap karya mereka barulah rezeki mereka diberkati In sha Allah:)


Lebih kurang 67 artis tempatan sudah bertundung sepenuhnya dalam industri hiburan Malaysia.Alhadmulilah sekali lagi. Semoga mereka kekal dan istiqamah dalam mengejar jannah Allah in sha Allah. Yang kat atas ni pulak 4 artis yang lately ni selalu sangat berlakon memakai tudung. Kita doa kan mereka terbuka hati untuk bertudung suatu hari kelak. In sha Allah. Hidayah Allah perlu dicari. Kita tak boleh bagi alasan seru tak sampai lagi sebab macam mana seru nak sampai kalau kita tak ada effort ke arah kebaikan tu kan? Jadi sama2 la kita yang artis ni or tak mantapkan akidah kita terutama sekali dalam konteks aurat ini.

NM selalu cakap dalam hati yang kehidupan kita kat dunia ni sebenarnya adalah drama dan filem dunia yang bakal ditayangkan semula di akhirat nanti. Kita nak ke orang tengok kita buat benda tak senonoh terang terangan tanpa di edit oleh mana2 pengarah pun? Mestila taknak kan. Time tu takde istilah artis, dato ke datin ke sultan ke sebab masa tu yang membezakan kita hanyalah amal semata2. Jadi, jom berubah sekarang!!:D

Thursday, 9 May 2013

Hari Jumaat Hari Barakah


Assalamualaikum wbt
Alhamdulilah malam ni malam Jumaat, yeahh Friday Night:)
Hari Jumaat ni banyak kelebihannya..
Antaranya..
Dalam laman sesawang facebook..Sham Kamikaze selalu update pesanan ni setiap hari Jumaat
 Imam Syafi'e berkata : Iaitu pada malam Jumaat. Telah sampai kepada kami bahawa barangsiapa membaca surah al-Kahfi, maka dia akan terpelihara dari fitnah Dajjal. "Kami menyukai agar seseorang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW pada setiap keadaan, namun kami lebih menyukai apabila hal itu dilakukan pada hari dan malam Jumaat. Kami juga menyukai agar seseorang membaca surah al-Kahfi pada siang dan malam Jumaat, berdasarkan keterangan Hadith Rasulullah SAW." (Kitab Mukhtasar Al-Umm dalam bab Keutamaan Hari Jumaat)
Lumrah manusia selalu lupa jadi peringatan Saudara Sham Kamikaze selalu remind NM supaya set time utk baca surah Al-Kahfi.
Lagipun memang tugas kita sebagai umat Islam ingat- mengingatkan kan kan kan!!:D

Ada sesetengah orang tu hari Jumaat je dia baca surah Yassin lepas tu dah tak baca dah. SALAH tu!!
Surah Yassin bukanlah dibaca pada hari Jumaat or bila ziarah jenazah je, tapi boleh dibaca pada bila2 masa. Maksudnya malam Jumaat boleh je nak baca surah lain, yang penting kita jangan lupa baca ayat Al-Quran okay(sambil buat gaya seperti gambar profile).

Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW



Kaum Adam sangat beruntung sebab mereka dapat mengerjakan Solat Jumaat. Ni nak pesan kat girls yang nak mencari calon suami make sure laki yg hampa nak cari tu tak miss Solat Jumaat. Kalau solat Jumaat pun dia tak boleh nak mantapkan acano dia nak mantapkan rumahtangga nanti kan(nampak tak dah bermacam2 loghat bercampur.hehe). Kaum Adam beruntung sebab salah satu waktu doa yang mustajab ialah doa ketika antara dua khutbah khatib masa solat Jumaat. Memangla banyak lagi waktu mustajab berdoa tapi nak katanya kaum Adam ada special time untuk dia berdoa so janganlah lepaskan peluang. Sebab tu dorang lagi senang masuk syurga, tapi perempuan pun in sha Allah senang jugak masuk syurga dengan syarat ikut perintah Allah, pasti syurga untuknya, in sha Allah.

Potong kuku juga digalakkan pada hari Jumaat


Akhir kata wahai kaum Adam(bajet ayat sedap sikit).. jangan lupa pergi solat Jumaat esok!!
Kaum Hawa, perbanyakkan selawat, basahkan lidah dengan zikir dan keep on smile okay.
Wasalam

Over 125,000 apps are waiting for you to be discovered! Explore more with Nokia #Asha310!  


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang in Memory..

Assalamualaikum wbt and Hello!

first entry kali ni nak cerita pasal one of the education system in Malaysia which is Program Matrikulasi. Bila dengar je matrik semua da macam "argggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"

"susah la.."

"senior aku cakap susah gila wei, baik takyah masuk la"

and many more yg negatif. Nak cakap nya yg dengar da terpengaruh n continue thinks that matrik memang susah. Hakikatnya memang susah.Haha(tak membantu). Takdela. Biasala. Kita mesti jumpe yg susah dlu baru jumpa yg senang kan. For me, its quite easy than secondary school because its more comprehensive and more friendly.haha. 

"yeke ?Boleh caya ke ni?"

Yes percayalah.(sambil nyanyi lagu Siti)

ok juniors lets started. korang risau sebab korang rasa pembelajaran die susah? yes memang susah tapi why not u try it first kan?im one the people that say the same opinion about matrik saying that yg matrik ni sangatla susah n bla bla bla but family bg supports plus i have no choice at that time so pilihla program matrikulasi ni.

Alhamdulilah ive made a good decision!

In Kolej Matrikulasi Pulau Pinang..



 

Orientasi: 

roomate sorang org Penang, sorang Kelantan n another one N.9.mula2 awkwardla gak nak mesra2 kan.time MPPB(dah tak ingat stand for apa tapi yg penting psal orientasi la), rajin gila bangun awal sebab nak berebut toliet.sanggup bangun kul 4 pg.haha.but for sure lepas tu korang akan bangun kul 6.30 camtu sebab makin lama makin pack kan jadual.hehe

dapat classmate lain2 negeri.semua pandang pelik.(krik krik krik)sesi ice breaking oleh fasi ex kmpp. seronok je dapat kawan dari Penang, Kelantan(semua tempat memang banyak orang Kelantan) and other country.

Lupa nak cerita yg sistem matrik punye modul ade 2 je kalau KMPP ni la. Modul Sains dan Modul Akaun.Sains lak ada 3 Sains Hayat, Sains Fizikal n Sains Tak berapa nak Hayat dan Tak berapa nak Fizikal.(tak tahu nak gelar apa) Subjek wajib semua modul- Bahasai Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Kemahiran Dinamika(tak masuk exam kecuali english)

Modul I- Maths, Kimia, Fizik dan Biologi

Modul II- Maths, Kimia, Fizik dan Sains Komputer

Modul III- Maths, Kimia, Biologi dan Sains Komputer

Modul Akaun- Maths, Akaun, Ekonomi dan Business

"SAINS KOMPUTER??? Apa tuu?macam susah jee"

memang susah pun.tapi bagi siapa yang tak nak cuba memang la susah tp siapa yang suka komputer best wei subjek ni.Alhamdulilah utk UPS NM dapat 100.tapi subjek ni kena bacala.Lupa lagi nak cakap yg NM amek Modul III sebab tak suka Fizik.hehe.SK ni kalau first sem kena banyak kira n hafal sikit je tapi sem2 kena banyak hafal and faham konsep.sem1 belajar pasal logic gate and banyak lagi(da tak ingat). sem 2 belajar pasal multimedia, information system, database and programming.programming best gilaa.ramai yg cakap susah tp NM enjoy je. contoh programming

cout>>"My name is Nik Meaffaz.Welcome to my blog.">>endl;

minggu kuliah:

waaaaa.. penatnya.biasala ada ke kerja yg tak penat kan.tapi tu dah memang tanggungjawab kita sebagai pelajar. jadual serius pack kalau tak pandai urus diri. tapi NM sempat je layan movie, main badminton time petang, keluar pegi pasar malam so takdela lemas sangat kan KMPP ni.

ni time Majlis Silang Budaya sempena bulan merdeka dan raya

outing :

petang jumaat dah leh outing pegi pasar malam dgn ongkos hanya rm1 pergi sahaja.selalunya NM outing kat Jusco Seberang Jaya dgn harga rm2.50 pergi saje.aim utama mestila POPULAR.hehe.tempat lain yg leh pegi Sunway and Quennsbay kut.Maafla tak penah pegi so tak tahu la tempat apa lagi yg avaible kat sini. 

ni first time outing kat Jusco Seberang Jaya.

 

UPS>PSPM :

UPS sem1 and sem2 duduk ikut kelas kira ok lagi la.time PSPM sem1 and 2 duduk ikut nama. contoh kalau nama anda Nik Meaffaz so anda akan duduk dalam kelompok nama N utk MIII.kalau MIII sem 2012/2013 ni UPS 1 kat makmal bio,UPS 2 kat bilik tuto lama.PSPM 1 dan 2 kat bilik tuto lama kira dekatla jugak.nak lari g bilik kalau tertinggal kad matrik pun sempat lagi.

"senang tak ujian dan exam?"

senang kalau rajin study balik lepas dah belajar and buat tutorial dengan gigih dan study group.kalau kat KMPP ni ada Biomate utk study group biologi yg diuruskan oleh unit bio.sangat membantu sebab dapat belajar dengan budak yg memang expert bab bio ni kan.kalau kimia pulak ada Chemfriend.soalan dia boleh tahanla.haha.

"result UPS and PSPM NM cane? "

eh mana boleh gtaw cuma nak cakap korang memang mudah nak dapat 3.5 as long as kena rajin rajin dan rajin.rajin tanya lecturer. PENTAD sejuk gila.NM memang rajin datang PENTAD sebab nak air cond.haha.tapi library lagi sejuk tahap kutub utara tu.tak tahula camne budak akaun boleh tahan 3 jam exam kat situ.huhu

MUET:

semua mestila target band 4 at least kan sebab nak selamat utk semua course so jangan target je.kena capai!!im just get band 3 but its ok mmg susah gak nak dapat band 4 kalau tak practise dari awal kan.time amek speaking test pergh memang nervous tahap apa ntah. Speaking test dijalankan secara group tapi ada part Induvidual n part Discussions. nak senang skor sebenarnya time Individual sebab time tu sebenarnya korang da leh draft text awal2 tp part discussion korang kena involve dalam discussion tu kalau tak confirm markah korang akan down. MUET ada 4 test- speaking test, reading test, writing test and listening.test yg paling senang nak skor sepatutnya listening and reading tp NM still tak skor gila2 pon.hehe.

Konklusinya, Matrik life memang best dan indah untuk dikenang. sekejap je dah setahun.masuk 28 mei 2012 and graduate 30 april 2013.hehe. selamat mereka kenangan indah di matrikulasi wahai juniors dan selamat berjaya wahai rakan2 KMPP 2012/2013..




Can't wait to get my hands on the new the Samsung Galaxy #S4Malaysia coming out this Saturday!!