Thursday, 3 September 2015

Muzium Negeri Terengganu + Masjid Kristal @ 3sept2015

Assalamualaikum..

Ya Allah lamanya tak berblog. hehe. Salam 19 Zulkaedah 1436 H!
Disebabkan haritu tertengok blog kakak NM, semangat nak berblog tu hidup semulaa.
Kali ni, lebih kepada pengembaraan NM sepanjang zaman universiti ni.

Pada hari ni NM travel ke Muzium Negeri Terengganu..



Yang bestnya Terengganu ni sebab banyak pantai, tapi kali ni ubah angin sikit kita jejak muzium. Muzium ni senang je nak cari, ikut signboard selamatla sampai. hahaha. Muzium ni dekat je dgn Taman Tamadun Islam n Masjid Kristal so kalau rajin pergi sekali je semua.

NM sempat pergi Muzium n Masjid Kristal je sbb dah janji nak keluar dengan member ke TTI tu. Tapi nak kabo nyeeee, sangatlah luas muzium ni, patutlah dinamakan MUZIUM TERBESAR DI MALAYSIA..


Larat ke nak pergi semuaa


NM sempat pergi 3 galeri je kat main entrance dia, tu pun dah semput. haha. Tapi banyak sangat knowledge yang dapat. Pasal kronologi menteri besar, pasal bendera terengganu, pasal sultan, pakaian- pakaian di raja, replika balairung seri pun ade setem zaman dulu, duit yang digunakan zaman dahulu and banyak la lagi.

Seriusly terkejut jumpa syiling zaman dahulu RM500. perghhhhhh. pastu kalau nak baki banyakla syiling tu gamaknyaa. Actually NM dah terambil banyak gambar tapi sekali bila keluar dari muzium tu baru tahu yang dalam muzium xleh tangkap gambar. Muahahaha so tak dapatla nak kongsi kang tak pasal kena tangkap pulak.


Fee entrance untuk pengunjung dewasa RM5.00, kanak- kanak RM2.00, kalau student siap beruniform dapat RM1.00, kalau tahu pakai baju UMT kot2 dapat RM1.00 je. hahaha. NM nak pergi lagi tapi nak tengok galeri lain plak. Oh btw, 14 Oktober 2015 nanti ade pameran kat Muzium ni sempena Maal Hijrah. Jom pergi!!

p/s : masa on the way nak keluar tu baru perasan ade replika and kereta2 lama yang digunakan oleh MB terengganu dulu, kereta proton lama ade, kapal selam ade tapi xsempat nak snap. haha

Sebelum naik kat main entrance nampak banyak ikan kat sini cantik kannnnnnnn
Nampak macam rumah hantu pun ade, hahaha
Melangkah ke destinasi seterusnya..




Lepas tu NM pergi Masjid Kristal..


Masha Allah cantiknya lah. Salah satu sebab NM bersyukur dapat belajar kat Terengganu ni sebab dapat jumpa masjid idaman ni. Sejuk je mata menengok, dengan suasana yang berangin kalau duk bawah pokok macam kat bawah ni.. Masa ni tengah makan A&W punya burger yang dibeli di Mydin Mall Gong Badak. Ceh saja bagitahu.

Di bawah pohon kita.. ewah.. haha


By the way, Masjid Kristal ni dekat sangat dengan TTI, siap ade cruise kat situ tapi harga dy ehem ehem la sikit. haha. Tandas tiptop bersih cantik cuma jauh sikit la dari tempat solat. Dalam masjid masha Allah lagi la cantik. Air cond kuat sejuk and selesa je solat. Masjid Kristal ni ala2 Masjid Terapung a.k.a Masjid Tengku Tengah Zaharah kat Kuala Ibai sebab dekat dengan sumber air, bila tengok memalam lagi la lawa sebab kristal-kristal dia bergemerlapan di awangan. ceh. haha

Dulu masa first sem pun pernah pergi banyak kali sebenarnya tapi disebabkan my partner in crime ni tak pernah pergi so NM bawakla dia sekali. Alang2 lepas je melawat muzium tu lagi 15 min camtu dah nak Zohor so baik kita imarahkan masjid kan..

Memandangkan ni tahun akhir NM kat universiti so NM nak sematkan segala kenangan di Terengganu dengan cara travel setiap pelosok tempat menarik kat Terengganu ni. Stay tuned.. (macamla ada follower nak baca)

In sha Allah next destination will be TAMAN TAMADUN ISLAM :)



No comments:

Post a Comment