Saturday, 11 May 2013

Bertudung bukan penghalang dalam dunia hiburan

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilah dapat siapkan edit gambar artis yang sudah bertudung.fuhhhhh(keluarkan peluh)
tapi NM tak reti sangat nak edit gambar, pakai sumbat je semua nak bg nampak kan.hehe
Alhamdulilah ramai rupanya artis yang sudah bertudung selepas dikorek dalam Cik Google images ni..Harapnya ini bukanlah trend yang hanya untuk diikuti tanpa ada kesedaran yang sebenar tentang pentingnya menutup aurat. Artis2 ni pakai tudung da bagi satu imej baik pada orang luar yang artis masih boleh berlakon, menyanyi asalkan berlandaskan islam dan syarak.
Jom layan dulu gambar nii..

Indahnya wajah2 mereka apabila sudah bertudung..
Kebanyakan mereka timbul kesedaran dari mimpi2 tentang suasana dan balasan di akhirat. Memang kita selalu cakap mimpi tu mainan tidur tapi pernah ke kita nak mimpi benda yang kita takut melainkan Sang pencipta nak tolong kita sedarkan apa yang mungkin kita lalai selama ni contohya kes bertudung ni. Tak kesahla apa yang menyebabkan mereka bertudung asalkan mereka sudah bertudung. Tertutup itu lebih indah dari yang terbuka.

Kita selalu nak berubah selepas berkahwin kerana ingin selamatkan suami dari seksaan api neraka namun kita lupa sebelum berkahwin kalau kita tak tutup aurat dengan sempurna maka kita telah mengheret bapa kita ke neraka.Nauzubillah. Bayangkan jangka masa kita bersama bapa selalunya lebih lama dari suami dan dia lah yang melahirkan kita hasil perkongsian sel bersama ibu which is sangatla berjasa untuk kita tapi kita dengan mudahnya mengheret mereka ke neraka.Nauzubillah. Harap dijauhkan.

Bercahaya wajah penghibur2 ni apabila bertudung:)
Rezeki yang halal perlu diusahakan. Senang cakap kalau nak rezeki kena cari bukan nganga tunggu orang suap. Tapi berkat dengan izin Allah apa2 boleh terjadi. Jika kita ikhlas buat apa2 kerja berniatkan kerana Allah Taala in sha Allah setiap kerja baik tersebut dikira pahala beribadah.Once kita dah tutup aurat perlakuan kita pun dah terhad nak buat perkara yang mungkar.Kalau masih tak itu maknanya adala something wrong somewhere pada iman kita. Sebab itulah kita disarankan oleh Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk selalu bermuhasabah diri sebab kadang2 kita tak sedar apa kita buat.Untungla pada artis sebab mereka ni public figure yang orang selalu perhati jadi apa yang tak betul pasti akan ditegur. Bersyukurlah sebab peminat sangat sayangkan anda.(bajet macam artis baca je ayat ni)haha.

Tak kisahla artis baru ke lama yang penting nak dapat rezeki halal perlu dengan cara halal:)
"Okay dah cantik dah awak pakai tudung sekarang saya nak awak cium tangan laki ni sebab dia berlakon watak suami awak kan nanti bagi dia peluk sikit pastu awak pun balas pelukan dia okay, ready semua , kamera , Action!!"
Hahhhhh... Ni yg NM tak berkenan. Seorang muslim tidak boleh bersentuhan dengan yang bukan mahram tak kisahla pakai tudung ke tak. Yang da pakai tudung tu tolak la adegan kena pegang ni tak kisah la sebagai mak ke tak sebab haram tetap haram. Bila la agaknya filem2 and drama2 melayu tak ada adegan peluk pegang antara lelaki pompuan sepenuhnya ek? Kita sama2 la doakan. Bila fiir balik bukan salah artis seratus peratus kenapa ada adegan panas ni tapi salah pengarah juga sebab terlintas idea nak buat adegan yang sangatla 'hot' tu. Pengarah kena fikir dia kepala sesuatu cerita yg nak ditayangkan jadi dia ada mandat besar untuk arahkan itu ini dalam cerita dia so kalau dia suruh artis dia pegang peluk tu semua dia sebagai pemimpin sedikit sebanyak kena tanggung akibatnya nanti di akhirat. Parents NM selalu komen kalau NM tak puas hati tengok aksi panas dalam filem ke drama ni dorang selalu cakap" Da pengarah suruh mestila kena buat kan". So pengarah perlu dalami dan bawa unsur islam dalam setiap karya mereka barulah rezeki mereka diberkati In sha Allah:)


Lebih kurang 67 artis tempatan sudah bertundung sepenuhnya dalam industri hiburan Malaysia.Alhadmulilah sekali lagi. Semoga mereka kekal dan istiqamah dalam mengejar jannah Allah in sha Allah. Yang kat atas ni pulak 4 artis yang lately ni selalu sangat berlakon memakai tudung. Kita doa kan mereka terbuka hati untuk bertudung suatu hari kelak. In sha Allah. Hidayah Allah perlu dicari. Kita tak boleh bagi alasan seru tak sampai lagi sebab macam mana seru nak sampai kalau kita tak ada effort ke arah kebaikan tu kan? Jadi sama2 la kita yang artis ni or tak mantapkan akidah kita terutama sekali dalam konteks aurat ini.

NM selalu cakap dalam hati yang kehidupan kita kat dunia ni sebenarnya adalah drama dan filem dunia yang bakal ditayangkan semula di akhirat nanti. Kita nak ke orang tengok kita buat benda tak senonoh terang terangan tanpa di edit oleh mana2 pengarah pun? Mestila taknak kan. Time tu takde istilah artis, dato ke datin ke sultan ke sebab masa tu yang membezakan kita hanyalah amal semata2. Jadi, jom berubah sekarang!!:D

1 comment:

  1. rajin nye edit gambo.. cite pepanjang, sila tolong updatekan belog sy plak :D

    ReplyDelete