Thursday 9 May 2013

Hari Jumaat Hari Barakah


Assalamualaikum wbt
Alhamdulilah malam ni malam Jumaat, yeahh Friday Night:)
Hari Jumaat ni banyak kelebihannya..
Antaranya..
Dalam laman sesawang facebook..Sham Kamikaze selalu update pesanan ni setiap hari Jumaat
 Imam Syafi'e berkata : Iaitu pada malam Jumaat. Telah sampai kepada kami bahawa barangsiapa membaca surah al-Kahfi, maka dia akan terpelihara dari fitnah Dajjal. "Kami menyukai agar seseorang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW pada setiap keadaan, namun kami lebih menyukai apabila hal itu dilakukan pada hari dan malam Jumaat. Kami juga menyukai agar seseorang membaca surah al-Kahfi pada siang dan malam Jumaat, berdasarkan keterangan Hadith Rasulullah SAW." (Kitab Mukhtasar Al-Umm dalam bab Keutamaan Hari Jumaat)
Lumrah manusia selalu lupa jadi peringatan Saudara Sham Kamikaze selalu remind NM supaya set time utk baca surah Al-Kahfi.
Lagipun memang tugas kita sebagai umat Islam ingat- mengingatkan kan kan kan!!:D

Ada sesetengah orang tu hari Jumaat je dia baca surah Yassin lepas tu dah tak baca dah. SALAH tu!!
Surah Yassin bukanlah dibaca pada hari Jumaat or bila ziarah jenazah je, tapi boleh dibaca pada bila2 masa. Maksudnya malam Jumaat boleh je nak baca surah lain, yang penting kita jangan lupa baca ayat Al-Quran okay(sambil buat gaya seperti gambar profile).

Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW



Kaum Adam sangat beruntung sebab mereka dapat mengerjakan Solat Jumaat. Ni nak pesan kat girls yang nak mencari calon suami make sure laki yg hampa nak cari tu tak miss Solat Jumaat. Kalau solat Jumaat pun dia tak boleh nak mantapkan acano dia nak mantapkan rumahtangga nanti kan(nampak tak dah bermacam2 loghat bercampur.hehe). Kaum Adam beruntung sebab salah satu waktu doa yang mustajab ialah doa ketika antara dua khutbah khatib masa solat Jumaat. Memangla banyak lagi waktu mustajab berdoa tapi nak katanya kaum Adam ada special time untuk dia berdoa so janganlah lepaskan peluang. Sebab tu dorang lagi senang masuk syurga, tapi perempuan pun in sha Allah senang jugak masuk syurga dengan syarat ikut perintah Allah, pasti syurga untuknya, in sha Allah.

Potong kuku juga digalakkan pada hari Jumaat


Akhir kata wahai kaum Adam(bajet ayat sedap sikit).. jangan lupa pergi solat Jumaat esok!!
Kaum Hawa, perbanyakkan selawat, basahkan lidah dengan zikir dan keep on smile okay.
Wasalam

Over 125,000 apps are waiting for you to be discovered! Explore more with Nokia #Asha310!  


No comments:

Post a Comment