Saturday 25 May 2013

SBT JESS BBB

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini.Alhamdulilah:)
Okay entri kali ni nak cite pasal SEKOLAHH!!
SBT=sekolah berprestasi tinggi
JESS=jalan empat secondary school=sekolah menengah kebangsaan jalan empat
BBB=bandar baru bangi
Alhamdulilah sekolah NM dapat anugerah SBT ni tahun 2010, time NM form4. Nak kata happy pun ntahla happy ke tak. Makin dapat anugerah makin banyak la keje mendatang tak kesahla cikgu ke student.huhu. Tapi serius rindu sesangat kat sekolahhhhhhhhh.Walaupun 2 tahun baru tinggalkan sekolah tapi still rase jiwa tu kat sekolah..Banyak gak perubahan kat sekolah ni. Alhamdulilah bagi budak jess yg da lama tak g sekolah ni nak cite yg sekolah dah dapat dah tanah sebelah tu n dah jadi padang.Ni agaknya balik je dari u nanti in sha Allah da terbina la kut dewan baru kat depan tu.hehe.


meja n kerusi dah warna lain..oooooooo.:D

Datang2 je sekolah mestilah pergi pejabat dulu. Nak mintak sijil SPM.huhu. time nak sign tu tengok ramai lagi rupanya umat jess batch 2011 ni tak amek sijil.haha. Takdela segan sangat.hehe. Pastu ziarah la cikgu kat bilik guru.Mak aih serius lagi sangatla rindu bilik guru. Walaupun NM ni bukan stok budak rajin g tanya soalan or rajin tolong cikgu or kamceng dengan cikgu tapi ternyata cikgu yang mengajar masih ingat NM. Tak ke dahsyat tuuu. Sampai cikgu fizik boleh ingat lagi dah la time kelas fizik selalu main2.haha. Pergi pulak lawat ke library. Yela dulu budak nilam kan.hehe. Datang2 MAK AIHHHHH..terkejut eden.. patutla si adik tak habis2 suh datang sekolah suruh tengok kat library ada gambar NM.Ternyata terpampang besaq gila kat dinding luar library tu. Time form4 dulu NM ni tokoh nilam sekolah.Ala, setakat wakil sekolah sampai daerah je pun takdela terer mana tapi bajet pampang cam wakil kebangsaan.haha. Selamatla tak ada jerawat ke tahi hidung ke kat gambar tu.hehe.
my buddies, Najwa Zamri and Najihah..
Beberapa hari sebelum Hari Guru tu dah pergi dah sekolah pergi amek sijil je. Ikutkan taknakla pergi dah Hari Guru sebab segan plus malas.haha. Tapi adala kawan ni ajak pergi so pergi jela.hikhik. Ni atas ni la kawan yang selalu ada di sisi sangat suka dan duka.ceh bajet la duka sangat kan.haha. Nakal tu biasala tapi janganla nakal sangat.hehe.Ada lagi geng yang tak dapat join tapi in sha Allah akan bertemu gak semua nanti.Amin.hehe. Sorang satu matrik tapi punyalah susah nak jumpa and hang out sekali kat sana memandangkan lain2 modul dan sorang lagi kat UiTM Seri Iskandar, Perak jurusan QS.Tak ingatla stand for ape QS tu tapi sesuaila degan dia sebab dia ni sukala sangat mengukur benda time sekolah dulu.haha. Kalau nak buat table untuk experiment ke ape ke mesti ukur 4 or 5 cm satu kotak.haha.

Kami ni dukla kat kelas form 5 kami , 5 Dinamik. kalau dulu JESS ni susun ikut kepandaian, kire Dinamik ni kelas ketiga. kelas pertama Cendekia, kedua Dedikasi, Dinamik, Inisiatif, Inovatif dan Karisma. Batch kami ni paling sikit dalam JESS tapi alhamdulilah berjaya catat rekod time PMR 2009 jadi Sekolah Terbaik PMR kebangsaan seramai 100 something daripada 200 kut. Lupa sudah.haha. Sejak tu batch kami ni dah dicop sebagai penanda untuk batch lain tandingi gitu. Biasa je batch kami ni,takdela gempak mana. Mungkin semua memang pandai2. Lagi satu dulu syarat kemasukan masuk JESS ni ketat gak tapi tak tahu la sekarang camne kan.huhu.

Alhamdulilah sekali lagi tak sangka sebenarnya dah dua tahun tinggalkan sekolah. Sekolah yang diduduki selama 5 tahun pastilah meninggalkan kesan dalam hati ni. Kenangan bersama kawan2 dari form 1 sampaila form 5 takkan dilupakan sampai bila2..Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke Jannah in sha Allah..








Selamat Hari Guru. Semoga dirimu tidak jemu dalam menyumbang bakti kepada anak nusa dan bangsa untuk memberi lorongan ke Jannah Allah in sha Allah.
Wasalam.

I'm so tuning in to Capital FM this month, gotta give #CapitalFMReconnect a shot!

3 comments:

  1. la baru 2 thn ke tinggal kan sekolah. sy dah bertahun2 dah :p

    ReplyDelete